Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Kenapa begini coretanmu,
Tidak dapat Ku baca dengan kata-kata,
Tidak dapat Ku lihat dengan mata kasar,
Tidak dapat Ku bangkit selepas terduduk.
Namun hanya dapat dilihat dengan mata hati,
Kalbu Ku membaca satu persatu bicaramu,
Kalbu ini mentafsir setiap perasaanmu,
Hanya air mata yang bergenang,
Meratap sayu rintihanmu,
Tidak dapat dikongsi perasaan ini,
selain kepada Allah jua ku berserah.
Pertemuan yang sementara ini,
meninggalkan bannyak ukiran di sanubari,
banyak lagi harus kutempuhi,
namun berat lagi yang kau hadapi.
Ku bangga mendapat sahabat dan adik sepertimu,
tiada pernah Ku merasa ini semua,
adakah ia rahmat Illahi?
kemanisan sebuah persahabatan
ketulusan sebuat ikatan,
yang berpegang teguh kerana Allah.
Tidak kan luntur semangat ini,
terus berjuang mencapai kejayaan hakiki.
Tidak kan Ku lupa pada janji,
Tidak kan ku ingkar pada amanat,
Akan ku redah hutan berduri,
akan su sahut seruan illahi.
Semoga persahabatan ini diredhai,
agar menjadi teman di sisi,
ketika sampai saat dan waktu,
Diri kau diperlukan lagi.
Suburkanlah semangatmu,
dengan baja yang bernilai,
agar tidak sia-sia pengorbananmu.
Semoga kejayaan datang menjemput,
Bersua kembali suatu hari nanti.
Amin Ya Rabbal a'lamin..
2 comments:
salam,,ikin guano demo loni?chat ko?ingat ko sapolah...guane bleh tahu sy punye blog ni?
salam kak..
indah ukhuwah kita kan kekal selamanye kan..
biar kita berpisah jauh..namun kita tetap dekatkan..
doakan akak amat3 aishah perlurkan harapkan..
smlm nangis lagi..hehe. takut ya allah, andai takkan jumpa lagi seindah persaudaraan kita. akak bagai kakak aishah..lebih dr itu!
Post a Comment