Sunday, July 18, 2010

wanita mukminah permata ummah

Perbincangan hangat malam tadi dengan kehadiran ahli panel yang cukup berbakat serta para hadirin yang amat membanggakan program anjuran persatuan usuluddin UniSZA. perbincangan mengenai keadaan wanita pada zaman sekarang yang telah mencakupi ruang pemikiran ahli ilmuan untuk menetengahkan masaalah yang timbul. Keadaan wanita pada hari-hari ini telah merampas ketatasusilaan seorang wanita mukminah di mata masyarakat. Tiada lagi unsur-unsur agama yang dititikberatkan, bahkan menjadi kebanggan dengan meniru dan menggayakan budaya barat semata-mata mencapai kemodenan global.

Perbahasan kali ini mendedahkan bahawa musnahnya seorang wanita itu bermula dari dia membuka aurat. Bila wanita itu mula mendedahkan aurat, maka bermulalah dia membuka pandangan masyarakat terhadap dirinya,terhadap apa yang ingin ditonjolkan. Maka akan bermulalah tugas syaitan untuk melaksanakan agendanya dengan pelbagai tipu muslihat dan perancangan yang amat samar pada pandangan manusia. Apabila seorang wanita mula mendedahkan aurat mereka, dari situ mereka sebenarnya mula terdedah kepada kekurangannya tentang pengetahuan syara'.

HIMPUNAN bertudung atau diterjemahkan sebagai busana Muslimah semakin disenangi ramai. Pendekatannya...

Aurat:

Kesamaran maksud aurat pada pandangan wanita adalah berlainan. Antara pandangan-pandangan yang salah diertikan tentang menutup aurat adalah:
a) Pakai baju sopan tetapi kain halal haram (kain belah). Bagi segelintir wanita ia masih lagi menutup aurat.
b)Mini pakaian. Pakaian yang hanya menutup pada bahagian tertentu. Bagi setengan wanita ianya masih lagi menutup aurat.
c)Pakai pakaian sopan dan ayu tetapi nipis juga masih lagi menutup aurat pada pandangan wanita.
d) Pakai tudung tetapi baju macam telanjang, nampak semua bentuk badan.
e) Pakai tudung tapi baju lengan pendek pun dikira telah menutup aurat bagi setengah wanita.

Jadi, itu semua kesilapan dan kesamaran wanita terhadap penutupan aurat. Telah diceritakan dalam al-quran bahawa aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tangan shj yang selainnya adalah aurat dan haram didedahkan kepada umum.

Blouse Muslim

Baju Feminim

Ini antara pakaian muslimah yang dipakai oleh remaja sekarang.

Bagaimana ingin menjadi seorang wanita mukminah?

Wanita mukminah adalah wanita yang menjaga auratnya, menjaga tutur katanya, menjaga maruahnya serta maruah keluarganya. Jika nak dibandingkan antara wanita mukminah dan wanita lain seperti mana kita memilih dan membandingkan makanan yang dijual di pasar malam, makanan bagaimana yang akan kita pilih iaitu makanan yang tertutup dan dilindungi dari serangan lalat. ini bermakna makanan itu baik dan selamat untuk dimakan. begitu juga dengan wanita yang baik adalah wanita yang menutup dirinya dari sebarang serangan terutama serangan pandangan lelaki.

Sunday, July 11, 2010

kan ku serah cinta ini..

Berhakkah cinta ini diserahkan kepada jasad yang akan lenyap,haruskah cinta ini lenyap bersama jasad tersebut. Sanggupkah jiwa ini hancur tanpa sebarang tujuan dan matlamat. Sungguh sayang jika ini pilihan hati naluri pemuda-pemudi dan sahabat-sohabiah. Apakah tujuan sebenar manusia ini diciptakan dan sudahkah kita menunaikan hutang kepada yang maha berkuasa. Sesungguhnya manusia ini diciptakan untuk beribadah kepadaNya tidak mensyirikkanNya yang esa. Hutang yang tidak mampu terbayar oleh wang ringgit dan harta dunia,namun hutang ini boleh dilangsaikan dengan pengabdian seorang hamba kepada penciptanya, Allah rabbul izzati.

Memang benar, sudah dijadikan fitrah manusia ingin mencintai dan dicintai. Tetapi mencari cinta yang sebenar dan hakiki adalah cinta illahi. Saudara-saudari ku, senang mulut bicara namun siapa tahu sanubari ini. Benar hatiku ini belum pernah dicinta dan mencintai jasad bernama adam, namun bukan mengutuk yang sedang berkasihan cuma peringatan atas diri ini jua. Islam tidak pernah menghalang keperluan manusia kerana manusia ini sebaik-baik ciptaan di muka bumi ini. Jadikanlah cinta kita cinta yang mulia di sisi Allah swt, jangan kerana cinta dan sayangmu kepada jasad yang akan lenyap ini kita terus menghapuskan cinta pada Allah swt.

Al-Quran pun ada menyebut, cinta ada 4 tahap:
1.Cinta pada Allah swt.
2.Cinta pada RasulNya.
3.Cinta pada diri sendiri.
4.Cinta pada Ibu-Bapa.

Di mana letaknya cinta pada adam, alam semesta dll?
Letaklah cinta itu selepas dari cinta keempat2 perkara di atas. Begitulah apa yang disyariatkan. Carilah cinta di atas terlebih dahulu sebelum kamu benar-benar telah jatuh cinta. Tanpa cinta di atas tidak adalah berkat dan redha cintamu padanya.

Ingatlah sahabat,,,,
Cintailah saudaramu seperti kamu mencintai dirimu,
tapi jangan cinta itu lebih agung dari cintamu pada Allah dan rasulNya.

sedetik bersama seribu makna