Thursday, November 26, 2009

Terpedaya Oleh Perasaan Sendiri (Al-Ghurur)

Definisi Al-Ghurur:

Secara etimologi, kata al-ghurur memiliki banyak erti antaranya yang pertama ialah tertipu oleh diri sendiri atau orang lain. Contohnya, gharrahu-yaghuruhu-ghururan (ghairuhu) (dia tertipu oleh orang lain);gharra nafsahu-yaghurruha (dia tertipu atu ditipu oleh dirinya sendiri), Allah berfirman, "Padahal syaitan tidak menjanjikan kepada mereka selain tipuan belaka". Surah An-Nisa':120. Kedua segala sesuatu yang mengakibatkan dan menjerumuskan pada penipuan (al-ghurur). Al-Jauhari berkata, "Kata al-ghurur (dengan baris dhammah) [ghu] memiliki erti sesuatu dari kehidupan dunia yang membuat seseorang tertipu."

Menurut istilah pula seseorang yang berjuang di atas jalan Allah merasa bangga terhadap dirinya sendiri sehingga meremehkan dan memandang rendah segala sesuatu yang dilakukan orang lain tetapi tidak menghina peribadi orang tersebut. Jika seseorang memilii perasaan seperti ini, hakiktanya dia telah terpedaya oleh perasaannya (al-ghurur). Kita juga dapat memahami maknanya dari kaitan antara makna bahasa dan istilah.

Faktor-faktor penyebab al-ghurur:

1. Tidak waspada dan enggan muhasabah diri
2. Tidak bekerjasama dengan orang lain
3.berlebihan dalam beragama
4.Memperdalam ilmu tanpa Mengamalkannya
5.Khusyuk dalam ketaatan tanpa mengingat dosa
6.Cenderung kepada kehidupan dunia
7. Menyaksikan sikap kurang layak tokoh pemimpin
8.Berlebihan dalam menyembunyikan perbuatan baik

Tuesday, November 17, 2009

Berakhirnya Satu Semester....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Tepat jam 12.00 tengah hari jam di dalam Dewan Al-Mukhtafi Billah Shah berdetik, menunujukkan waktu menjawab soalan telah tamat. Semua pelajar diminta berhenti menulis dan menyemak kertas jawapan masing-masing, pastikan semua no matrik, kod subjek dan kelas ditulis dengan betul, pelajar tidak dibenarkan keluar setelah semua kertas jawapan dipungut oleh pengawas peperiksaan. Tidak lama kemudian semua pelajar dibenarkan keluar dari dewan dan selamat bercuti....

Tamat sudah satu semester aku mengharungi kehidupan di UDM, berjaya juga aku melepasi satu semester berbanding aku putus asa semasa di UiTM hari tu. Nampaknya di sini Allah telah tetapkan kehidupanku untuk 3 tahun akan datang. Di sini juga aku harus belajar segala jenis ilmu pengetahuan walaupun ia mungkin songsang dengan kehidupan dan persekitaran pembelajaran aku 3 tahun yang lalu. Tetapi suasana di UDM mengembalikan zaman kanak-kanak aku di SMU MAAHAD MUHAMMDI 4 tahun yang lepas. Memang kehidupan yang amat dirindui sehinggakan terasa ingin balik semula ke zaman persekolahan yang penuh dengan warna-warni. Namun dengan takdir dan penentuan Allah taala kehidupan yang sedemikian kembali semula dalam hidupku setelah aku menyesal dan takut melihat kehidupan di UiTM walaupun hanya untuk 2 bulan aku di sana. Sungguh langsung tiada rasa penyesalan aku keluar dari UiTM hari tu..

Genap satu semester di UDM, banyak sangat ilmu akademik dan rohani yang aku perolehi sehinggakan semua perkara menjadi harus aku ambil tahu samada berkaitan kursus, kokurikulum dan ibadah harian. Meskipun terdapat sedikit kontroversi di kalangan pelajar senior, namun rasa diri ini minat dan sayang sangat dengan persekitaran yang penuh bercirikan kehidupan islam sebagaiman aku berada di sekolah dahulu, yang menyejukkan mata yang memandang dan menenangkan jiwa yang resah. Insyaalah, selama 4 tahun aku berada di sini aku akan pastikan semua yang aku buat akan memberi manfaat untuk kehidupan di masa hadapan dan di kehidupan di akhirat yang diimpikan yakni JANNATUL NAIM.

Bila diimbas kembali selama dua bulan di UiTM sangat mengerikan, aku tidak sanggup untuk hidup dalam suasana yang sedemikian. Mungkin bagi orang yang senang dengan keadaan itu, mereka biasa sahaja tetapi bagi aku mungkin ia menjadi pelik dan teruk. Orang mungkin boleh kata yang aku ni seorang penakut, tak boleh menghadapi cabaran dan lain-lain lagi. Tapi memang itulah aku. Memang kasihan umi dan abah di kampung melihat aku berhenti hari itu, tapi aku tak sanggup. Oelh itu juga dengan hadirnya UDM dalam hidup aku keadaan kembali ceria dan penuh kebahagiaan. Tambahan pulak aku dapat masuk Universiti bersama dengan adik sekaligus.

Ramai yang pelik dan hairan macamana aku boleh masuk kursus kewangan islam sedangkan aku ada Diploma Kejuruteraan Awam dari Politeknik Kota Bharu. Tidak habis orang nak fikir macammana jadi begitu. Aku sendiri pun tak terfikir dan tak usah nak difikirkan semua itu. Janji aku dah selesa berada di sini dengan kursusu ini. sebenarnya aku langsung takminta kursus ini, aku cuma pilih UDM sebagai pilihan pertama dengan kursus ijazah syariah, ijazah usuluddin dan ijazah quran dan sunnah. Dan yang selebihnya pun aku pilih USIM dengan piihan kursus yang sedemikian juga. Itu sebabnya aku kata aku nak kembali ke zaman sekolah balik nak belajar semula tentang pengajian islam, itu yang telah sebati dalam diri aku. Aku juga sanggup nak ambil semula peperiksaan Tinggi Agama Malaysia, mana tahu ada peluang aku sambung dalam pengajian islam kan.....

Tapi akhirnya aku dapat juga UDM.. dengan kursus islam juga lar.,kononnya,,,
Jadi tanpa fikir panjang, yang aku fikir umi dan abah makin gembira aku belajar berbanding aku duduk kat rumah dengan kerja yang belum tentu dapat tampung hidup masa depan. Aku pun sangat puas hati dan membina azam baru agar dapat belajar dengan bersungguh-sungguh dan dapat mambawa pulang kejayaan di dunia dan akhirat sekali...........:)

Monday, November 16, 2009

Friday, November 13, 2009

حبل من الناس حبل من الله

Allah s.wt. berfirman:
"Takutlah kepada allah yang pinta-meminta kamu dengan namaNya dan (takutlah akan memutuskan) silaturrahim."

Kepada allah kita sentiasa mengadu domba dan meminta apa yan kita perlukan, kita sentiasa mengharap allah dapat memberi kesenangan dan kemudahan dalam melaksanakan urusan kita. Kita sentiasa inginkan yang terbaik dalam merancang keperluan dan kehendak kita sebagai seorang manusia yang sentiasa inginkan kesempurnaan dan keselesaan. Namun pernahkah kita ingat akan janji dan perintah allah supaya taat suruhan dan tinggalkan laranganNya. Allah telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian, tiada cacat cela, tiada kurang sedikit pun, dan apa yang kurang telah dijanjikan allah taala kebahagiaan di akhirat kelak.

Menghubungkan silaturrahim adalah satu amalan yang amat dituntut sebagaimana firman di atas. Takutlah kepada allah jika kamu ingin memutuskan hubungan silaturrahim. sesungguhnya menghububungkan hubungan persaudaraan antara manusia bererti kita menghubungkan diri dengan Allah s.w.t, tetapi jika kita memutuskan hubungan sesama manusia beerti kita memutuskan hubungan dengan Allah s.w.t.

Apakah kita ingin Allah tiada bersama kita?, di mana kita ingin mengadu dan memohon sekiranya allah tidak lagi bersama kita. Kita mesti sentiasa memohon agar mendapat cinta allah,cinta hakiki. Tiada yang lebih berhak dicintai melebihi Nya yang maha agung lagi terpelihara. carilah cinta allah di mana shaja kita berada... Cinta Allah adalah sentiasa melaksanakan arahanNya dan meninggalkan laranganNya. Bukan susah untuk melakukannya tetapi susah untuk mengamalkannya (istiqomah).

(H.R. Tarmizi berkata: Ini Hadis Hasan). Lalu Imam Bukhari Muslim merawikan: Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan. Yakni kata Sufyan, "Memutuskan silaturrahim". Imam Ahmad merawikan dengan sanad para perawinya yang tsiqah, "amal-amal Bani Adam setiap khamis malam jumaat dinaikkan. Maka tidak diterima amal orang yang memutuskan silaturrahim.

Dari Jabir r.a, dia berkata,"Rasulallah SAW mengahmpiri kami di saat kami sedang berkumpul seraya baginda bersabda:
"Wahai kaum muslimin, takutlah kepada Allah dan lakukan silaturrahim. Sesungguhnya tidak ada pahala yang lebih cepat daripada silaturrahim. hindarkan kelacutan sebab tidak ada seksa yang lebih cepat dari seksa lacut dan hindarkan menderhakai kedua orang tua sebab ingin Syurga yang tercium dari perjalanan seribu tahun demi Allah tidak akan tercium oleh orang yang derhaka kepada kedua orang tuan, tidak pula oleh orang tua yang berzina atau jiran yang sombong itu hanya milik Allah."


Tuesday, November 10, 2009

Titis Air Mata Kalbu


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Kenapa begini coretanmu,
Tidak dapat Ku baca dengan kata-kata,
Tidak dapat Ku lihat dengan mata kasar,
Tidak dapat Ku bangkit selepas terduduk.
Namun hanya dapat dilihat dengan mata hati,
Kalbu Ku membaca satu persatu bicaramu,
Kalbu ini mentafsir setiap perasaanmu,
Hanya air mata yang bergenang,
Meratap sayu rintihanmu,
Tidak dapat dikongsi perasaan ini,
selain kepada Allah jua ku berserah.

Pertemuan yang sementara ini,
meninggalkan bannyak ukiran di sanubari,
banyak lagi harus kutempuhi,
namun berat lagi yang kau hadapi.
Ku bangga mendapat sahabat dan adik sepertimu,
tiada pernah Ku merasa ini semua,
adakah ia rahmat Illahi?
kemanisan sebuah persahabatan
ketulusan sebuat ikatan,
yang berpegang teguh kerana Allah.

Tidak kan luntur semangat ini,
terus berjuang mencapai kejayaan hakiki.
Tidak kan Ku lupa pada janji,
Tidak kan ku ingkar pada amanat,
Akan ku redah hutan berduri,
akan su sahut seruan illahi.
Semoga persahabatan ini diredhai,
agar menjadi teman di sisi,
ketika sampai saat dan waktu,
Diri kau diperlukan lagi.
Suburkanlah semangatmu,
dengan baja yang bernilai,
agar tidak sia-sia pengorbananmu.
Semoga kejayaan datang menjemput,
Bersua kembali suatu hari nanti.

Amin Ya Rabbal a'lamin..

SEJADAH BERDIRI

21 OCTOBER 2009

Petang semalam, selepas maghrib (kat sini maghrib jam 6.25 petang), tetiba kawan aku sepraktikum kat gua musang dulu tu buzz aku kat ym. Lama tak borak ngan si madi nih, tetiba je dia cerita pasal sejadah berdiri ni yang berlaku kat SK Tok Sangkut, Rempek, Pasir Mas. Madi cakap kawan dia yang mengajar kat situ emailkan dia gambar-gambar nih. MasyaAllah, macam-macam sekarang ni. Ni peristiwa sejadah berdiri ni dah beberapa kali berlaku. Tapi kali ni bilangan sejadah berdiri ni banyak la pulak.

Berdiri je bulu roma aku bila tengok gambar-gambar nih. Aku tak tau apa motif yang nak ditunjukkan sebenarnya. Korang rasa la ape ye? Tapi menurut lagi sorang kawan aku yang duk kat Pengkalan Chepa tu, dia cakap kemungkinan perbuatan budak-budak nakal. Emmm entahlah, aku pun tak tau nak cakap macam mana. Wallahua'lam. Marilah kita pakat-pakat tengok, perhati baik-baik gambar nih.


















Kalau nak tau cerita pasal sejadah berdiri ni boleh baca kat sini dan kat youtube pun banyak juga. Macam-macam...

Bila difikir-fikirkan, ini menunjukkan kekuasaan Allah yang maha berkuasa. Nak bagi kesedaran kepada kita yang sentiasa lalai dalam melaksanakan kewajiban kita kepadaNya. Apa pun yang utama, jaga solat lima waktu, aurat kita, jangan buat main-main, buat endah tak endah je. Perkara ni perlu kita jaga sejaga-jaganya. Aku kalau tengok dua perkara ni di sekeliling aku ni memang terasa amat-amat sedih sangat... Semoga Allah swt bukakan hati-hati kita semua untuk kembali patuh melaksanakan tanggungjawab kita kepadaNya... Hanya padaMu aku bermohon ya Allah..

Tidak Bererti Hidup Tanpa Dugaan

Kehidupan di dunia yang sementara merupakan satu ladang untuk manusia menanam tanaman,menuai, membesarkan, memelihara pepohon agar tumbuh dan hidup subur sepertimana pohon rambutan yang berdaun rimbun dan berbuah lebat. Tiada pohon yang ditanam untuk melihat daunya gugur, kering, tak berbuah dan mati begitu sahaja. Setiap tanaman yang dipelihara akan dijaga dengan penuh kasih sayang sepertimana diri seorang insan yang disayangi sepanjang masa dan waktu oleh Allah s.w.t. Begitulah diibaratkan manusia,insan yang diciptakan Allah taala sebagai seorang khalipah yang mulia di muka bumi ini. Asal kejadian manusia telah diceritakan dalam banyak teori yang tidak perlu lagi dibahaskan pengetahuan tentang ini. Namun, apa yang dikenali dengan seorang yang bernama manusia dan insan.

Manusia ataupun insan itu asal perkataan arab yang diterjemahkan mufradnya nasia َ"نَسِي" yakni pelupa. Tiada seorang insan pun boleh lari dari menjadi pelupa, meskipun tinggi ,mana pangkat yang diperolehi. Memang tidak pernah lupa perkara yang amat diminati atau digemari, tapi pernah tak diingati pesan dan amaran Allah taala dalam semua keadaan. Walau setinggi mana ilmu yang dipelajari, Allah tetap perlu disujud dan disembah oleh insan bernama khalifah di muka bumi. Siapa yang ingkar dan berpaling darinya carilah bumi lain untuk hidup dengan caranya sendiri. Menjadi lupa amat senang,dan menjadi taat amat susah, seperti pepatah menyatakan (jalan yang luas itu senang dilalui, jalan yang sempit itu sukar dilalui, tetapi ramai orang yang melalui jalan yang luas itu) =jalan yang luas itu adalah keburukan yang senang sahaja untuk didapati, tetapi jalan yang sempit itu jalan kebaikan yang susah untuk diperolehi.

Hidup di dunia penuh dugaan dan cabaran samada kecil dan besar kita tidak sedar bahawa setiap yang datang itu semua dengan kehendak Allah yang esa. Kita sentiasa mengeluh den marah apabila kita sakit atau menghadapi suatu musibah. Tanpa kita sedari bahawa itu adalah satu daripada cara Allah s.w.t mendatangkan ujian kepada hambanya yang beriman dan bertaqwa, allah tak akan memberi ujian kepada hambanya melainkan untuk menguji tahap keimanannya. Oleh itu semasa datangnya ujian allah jatuhlah dosa berguguran sepanjang musibab yang dihadapi. Apakah kita tidak mahu dosa kita diampunkan Allah taala? Oleh itu jika kita menghadapi suatu kesusahan janganlah disalahkan sesiapa, kerana semua ini di atas kudrat allah taala yang menghendakkan sesuatu. Hendaklah kita bersyukur di atas ketentuanya, semuanya telah tertulis di Luh Mahfuz segala diari ekhidupan insan di dunia dan akhirat. Kita hanya ditugaskan untuk memelihara diri dan umat sekeliling dari terjerumus ke lembah kemurkaan Allah taala.

bersambung...

Saturday, November 7, 2009

senyum abadi



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Saat menjelang tidur...
Berharap esok masih berkawan pagi
Melewati mimpi-mimpi dan lalu terjaga lagi

Selalu begitu...
Seiring waktu dan gerak nafsu
Enggan tinggalkan pagi dan selalu ingin tetap berkawan pagi...

Bukankah tetap akan mati?
Jasadmu akan membusuk nanti...
Terkubur bumi dan tiada lagi berkawan pagi...

Pagi itu akan berlalu...
Mengiringi tandu dan tebaran butir- butir debu
Dari kaki-kaki para pelayat

Maka hidupkanlah...
Satu senyum menjelang tidurmu
‘Tuk sambut mimpi-mimpi duniawi...
Tentang pagi dan secuil roti untuk sarapan pagi..

Karena mungkin...
esok hari tiada lagi engkau berkawan pagi...
Mati.

Dan jadikan senyum itu...
Sebagai warisan yang abadi...


PERTEMUAN SEMENTARA..

Di saat Kau pertemukan kami semua,
Tidak ada satu ikatan yang rapat.
Hanya pertemuan yang rasmi,
Hanya sekadar pertemuan sahabat satu fakulti,
Hanya perkenalan satu kelas,
Hanya pertemuan satu rumah

Hanya pertemuan satu fikrah.

Tanpa disedari Kau hadirkan hambaMu,
Kau utuskan sebuah ukhwah,
Kau utuskan satu usrah kepadaku.
Kau berikan ku peluang mengenaliMu,
Kau beri peluang cintaiMu
Kau beri peluang jihad pada jalanmu.

Kasih sayang termetrai dalam hati,
Ikatan ukhwah yang semakin erat,
Kau tunjukan kehebatanMu,
Kau tunjukan kebijaksanaanMu
Sehingga ku berserah dan taqwa padaMu.

Namun, bahagia yang Kau beri,
Sekadar pinjaman sementara,
Kini tiba masa Kau ambil semula hak dan milikMu,
Ya Allah aku pasrah dan sayu,
Kau beri petunjuk dan hidayah padaku,
Aku bersyukur atas nikmatMu.

Redhailah ikatan ukhwah kami,
Kukuhkanlah iman dan taqwa kami.
Agar tidak tersesat walau di mana pun berada,
Semaikanlah rasa cinta kami pada Mu.
Hingga akhir nanti.

-SALAM UKHWAH SAHABATKU-

Friday, November 6, 2009

Tuntutlah Ilmu

Menuntut ilmu adalah satu kewajipan kepda setiap insan yang diciptakan oleh Allah taala yang dikurniakan akal dan minda untuk meneroka alam yang indah ini. Tanpa ilmu insan tidak mampu melangkah sebagaimana sekarang, tanpa ilmu insan tidak mampu mereka sesuatu yang lain dan menarik. Ilmu itu pelita hidup, tanpa ilmu gelaplah hidup kita.


Sebagaimana sabda nabi s.a.w.:" طلب العلم ولو بالصن " yang beerti tuntutlah ilmu walau ke negeri china. Bukan bereti kita perlu pergi ke China untuk menuntut ilmu tetapi hendaklah kita belajar dan belajar sehingga usia tua sekalipun. Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang memberi faedah dan kebaikan kepada kehipan kita,sepertimana ilmu feqah,fardu ain, matematik dan lain-lain, bukan ilmu mencuri, menipu,merasuah, membunuh yang mendatangkan bahaya kepada kehidupan. Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu apabila kita baca dan belajar menjadikan kita semakin takut kepada Allah taala. Apabila kita tahu perkara yang disuruh dan yang dilarang serta ganjaran dan balasan Alah terhadap amalan kita nanti, maka ilmu itu menjadi manfaat kepada kita. Setiap ilmu yang dipelajari mestilah diamalkan di dalam kehidupan sekalian, contohnya kita belajar bahawa kalau cakap berbohong akan dibalas seksa oleh Allah maka kita rasa takut akan perbuatan ini, seterusnya melahirkan insaf dalam diri.Contoh, kedua kita belajar hati jangan dengki kerana dengki itu bisikan syaitan, dan allah tidak suka orang yang dengki maka kita rasa takut mendapat murka Allah seterusnya kita bertaubat dengan kesalahan kita. contoh lain, kita belajar bahawa semasa solat hendaklah khusuk hati menghadap illahi, samapi masa solat kita angkat takbir اللة اكبر - takbir al ihram sehaya terlintas dalam fikiran perkara di dunia maka, teruslah bertaubatkerana takutnya akan azab Allah. Dengan keadaan ini kita akan sentiasa menjaga hati, lisan dan akal dari terlanjur melakukan perkara yang dibenci dan tak bermanfaat kepada diri kita dan orang lain.

Bersama orang-orang yang mencari ilmu adalah malaikat yang turun mencari hamba Allah taala yang menuntut ilmu pada setiap saat kehidupannya. Menurut riwayat Ahmad:" Sesungguhnya malaikat merendahkan sayapnya kerana sukanya kepada orang-orang yang menuntut ilmu." Sungguhpun malaikat makhluk tang paling mulia di sisi Allah taala turut bersama orang-orang yang menuntut ilmu. Di mana terdapatnya majlis ilmu di situlah malaikat akan berhimpun, meminta ampun kepada tuhan agar hamba-hamba yang sedang menuntut ilmu ini diampunkan segala dosanya.

Oleh yang demikian, malaikat bertugas turun ke bumi dua kali sehari yakni pada waktu subuh dan asar, melihat siapa antara hamba yang sedang melakukan amal kerja di dunia samada baik mahupun buruk, pada masa ini malaikat akan membawa naik amalan setiap hamba Allah untuk disampaikan kepada Rob yang esa, siapa yang pada masa itu sedang dalam amar makruf, maka berbahagialah mereka kan diampunkan dosa mereka, namun siapa yang pada masa itu berbuat keburukan tiadalah baginya keampunan.

-ILMU YANG BERMANFAAT SAKSI DI AKHIRAT-


Monday, November 2, 2009

Jangan Malu Menuntut Ilmu

عَنْ أَبِي وَاقِدٍ اللَّيْثِيِّ : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَمَا هُوَ جَالِسٌ فِي الْمَسْجِدِ وَالنَّاسُ مَعَهُ إِذْ أَقْبَلَ ثَلَاثَةُ نَفَرٍ فَأَقْبَلَ اثْنَانِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَذَهَبَ وَاحِدٌ قَالَ فَوَقَفَا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَّا أَحَدُهُمَا فَرَأَى فُرْجَةً فِي الْحَلْقَةِ فَجَلَسَ فِيهَا وَأَمَّا الْآخَرُ فَجَلَسَ خَلْفَهُمْ وَأَمَّا الثَّالِثُ فَأَدْبَرَ ذَاهِبًا فَلَمَّا فَرَغَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ عَنْ النَّفَرِ الثَّلَاثَةِ؟ أَمَّا أَحَدُهُمْ فَأَوَى إِلَى اللَّهِ فَآوَاهُ اللَّهُ وَأَمَّا الْآخَرُ فَاسْتَحْيَا فَاسْتَحْيَا اللَّهُ مِنْهُ وَأَمَّا الْآخَرُ فَأَعْرَضَ فَأَعْرَضَ اللَّهُ عَنْهُ

Maksud Hadith :

Daripada Abi Waaqid Allaithy R.A, sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam ketika mana Baginda sedang duduk di dalam masjid bersama-sama dengan kumpulan manusia (para sahabatnya dalam majlis ilmu) , tiba-tiba datang tiga orang, lalu dua orang terus menyertai majlis Rasulullah salallahu alaihi wa sallam dan seorang lagi pergi begitu sahaja(tanpa menyertai).Lalu kedua-dua orang itu berdiri (dekat halaqah), maka salah seorang daripada kedua itu melihat ada ruang kosong di dalam halaqah ilmu tersebut lalu dia duduk di situ, manakala yang keduanya hanya duduk jauh di belakang mereka dan manakala yang ketiga pula terus memalingkan punggung dan beredar pergi. Maka apabila Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam selesai ( memberi pengajian),
lalu Baginda bersabda : Mahukah kalian aku khabarkan tentang hal orang bertiga itu? Maka yang pertama itu dia bersungguh-sungguh untuk mencari ilmu, maka Allah melapangkan tempat untuknya, manakala yang kedua itu dia berasa malu ( tidak bersungguh-sungguh), maka Allah juga malu daripadanya(tidak memberinya ilmu yang banyak) dan yang ketiga itu dia berpaling dari Allah, maka Allah juga berpaling daripadanya (tidak mengendahkannya).

Hadith riwayat Al-Bukhari no: 64 , dengan lafaz daripadanya.


Keterangan ringkas:-

Orang yang hendak mendapatkan ilmu itu mesti bersungguh-sungguh memberikan perhatian kepada ilmu. Hendaklah dia berusaha semampu mungkin dengan daya yang dimilikinya untuk mendapatkan ilmu. Jangan malu untuk belajar dan jangan malas. Seseorang itu hendaklah mempunyai hati yang cekal dan tabah. Sentiasa menggunakan kesempatan yang ada untuk menambahkan ilmu. Tidak perlu disuruh untuk belajar tetapi dia memang sentiasa siap sedia untuk belajar menimba sebanyak mungkin ilmu apabila ada kesempatan. Maka dengan kerajinan dan perhatian yang tinggi itu dia akan dapat mengumpulkan ilmu sebanyak mungkin.

Bingkisan Buatmu Duhai Muslimah


Siapalah diriku ini untuk membuatkan dirimu menangis sebak, dan apakah layak bagiku untuk menasihati dirimu. Namun, inilah yang mampuku lafazkan, yang mampuku laungkan setelah kian lama terbuku di jiwa yang lara. Kuharap segalanya diterima dengan berlapang dada, kerana inilah taklifan buat diriku yang bergelar Adam, untuk meluruskan tulang rusuk yang ditakdirkan bengkok. Bukankah diciptakan wanita untuk dilindungi sepenuh hati?

Melihat senario kaum Hawa dewasa ini, diriku tertanya-tanya penuh kemusykilan. Mengapa dirimu kian jauh daripada-Nya ? Apakah dirimu telah lupa akan hukum-hakam yang disusun-Nya? Ke manakah menghilangnya generasi mujahidah harapan agama? Ingatlah duhai muslimah. Dirimu itu diciptakan sebaik-baik kejadian. Jangan sekali-kali ciptaan Yang Maha Tinggi dipersiakan. Hanyalah redha-Nya yang kita impikan, bukannya undangan kemurkaan-Nya yang kita harapkan.





"Takutlah kamu kepada wanita, kerana fitnah yang paling besar menimpa Bani Israel adalah kaum wanita..." (Mutafaq 'alaih)


Jelas bersuluh di dalam sabda Baginda yang dirindui, sesungguhnya kaum hawa mampu menggoncang dunia. Jauh sekali tafsirannya bahawa wanita diciptakan sebagai perosak, sebaliknya wanita diciptakan untuk dinobatkan sebagai sayap kiri bagi para mujahid. Dalam berjuang demi menegakkan Deen di dalam diri, keluarga juga ummah. Wanita itu bisa menjadi madu, kenikmatan dan kemanisannya menjadi pemangkin pada kebangkitan Islamiah. Inilah yang diharapkan dari insan yang bergelar muslimah solehah. Dan wanita juga mampu untuk menjadi racun, bisanya terus memudaratkan seraya menghancurkan agama yang dicintai. Nauzubillahi min zalik! Jauhkan dirimu dari palitan noda maksiat, membutakan hati dan meruntuhkan peganganmu.

"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..."
(Mutafaq 'alaih)


Jadilah perhiasan dunia, yang dihiasi dengan bunga ketaqwaan. Sirami jiwamu dengan titis haruman iman, maka terpeliharalah dirimu dari fitnah dunia semata. Semaikan akhlaqmu dengan benih mahmudah, menjadikan dirimu disenangi segala makhluq dan juga Al-Khaliq. Perkayakan dirimu dengan coretan ilmu yang bermanfaat, sebagai petunjuk jalan dalam berbahtera melayar kehidupan duniawi, destinasinya menuju ke akhirat sana. Inilah titipan dari hamba-Nya yang tidak mengerti apa-apa. Moga mengalirlah air mata keinsafan. Sesungguhnya apa yang baik itulah ketentuan dari-Nya. Segala kekurangan pula lahir dari diriku sendiri, natijah dari kealpaan dalam menghadap diri-Nya Yang Maha Esa. Semoga bibitan kata ini akan diabadikan buat selamanya.

sedetik bersama seribu makna