Tuesday, November 17, 2009

Berakhirnya Satu Semester....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Tepat jam 12.00 tengah hari jam di dalam Dewan Al-Mukhtafi Billah Shah berdetik, menunujukkan waktu menjawab soalan telah tamat. Semua pelajar diminta berhenti menulis dan menyemak kertas jawapan masing-masing, pastikan semua no matrik, kod subjek dan kelas ditulis dengan betul, pelajar tidak dibenarkan keluar setelah semua kertas jawapan dipungut oleh pengawas peperiksaan. Tidak lama kemudian semua pelajar dibenarkan keluar dari dewan dan selamat bercuti....

Tamat sudah satu semester aku mengharungi kehidupan di UDM, berjaya juga aku melepasi satu semester berbanding aku putus asa semasa di UiTM hari tu. Nampaknya di sini Allah telah tetapkan kehidupanku untuk 3 tahun akan datang. Di sini juga aku harus belajar segala jenis ilmu pengetahuan walaupun ia mungkin songsang dengan kehidupan dan persekitaran pembelajaran aku 3 tahun yang lalu. Tetapi suasana di UDM mengembalikan zaman kanak-kanak aku di SMU MAAHAD MUHAMMDI 4 tahun yang lepas. Memang kehidupan yang amat dirindui sehinggakan terasa ingin balik semula ke zaman persekolahan yang penuh dengan warna-warni. Namun dengan takdir dan penentuan Allah taala kehidupan yang sedemikian kembali semula dalam hidupku setelah aku menyesal dan takut melihat kehidupan di UiTM walaupun hanya untuk 2 bulan aku di sana. Sungguh langsung tiada rasa penyesalan aku keluar dari UiTM hari tu..

Genap satu semester di UDM, banyak sangat ilmu akademik dan rohani yang aku perolehi sehinggakan semua perkara menjadi harus aku ambil tahu samada berkaitan kursus, kokurikulum dan ibadah harian. Meskipun terdapat sedikit kontroversi di kalangan pelajar senior, namun rasa diri ini minat dan sayang sangat dengan persekitaran yang penuh bercirikan kehidupan islam sebagaiman aku berada di sekolah dahulu, yang menyejukkan mata yang memandang dan menenangkan jiwa yang resah. Insyaalah, selama 4 tahun aku berada di sini aku akan pastikan semua yang aku buat akan memberi manfaat untuk kehidupan di masa hadapan dan di kehidupan di akhirat yang diimpikan yakni JANNATUL NAIM.

Bila diimbas kembali selama dua bulan di UiTM sangat mengerikan, aku tidak sanggup untuk hidup dalam suasana yang sedemikian. Mungkin bagi orang yang senang dengan keadaan itu, mereka biasa sahaja tetapi bagi aku mungkin ia menjadi pelik dan teruk. Orang mungkin boleh kata yang aku ni seorang penakut, tak boleh menghadapi cabaran dan lain-lain lagi. Tapi memang itulah aku. Memang kasihan umi dan abah di kampung melihat aku berhenti hari itu, tapi aku tak sanggup. Oelh itu juga dengan hadirnya UDM dalam hidup aku keadaan kembali ceria dan penuh kebahagiaan. Tambahan pulak aku dapat masuk Universiti bersama dengan adik sekaligus.

Ramai yang pelik dan hairan macamana aku boleh masuk kursus kewangan islam sedangkan aku ada Diploma Kejuruteraan Awam dari Politeknik Kota Bharu. Tidak habis orang nak fikir macammana jadi begitu. Aku sendiri pun tak terfikir dan tak usah nak difikirkan semua itu. Janji aku dah selesa berada di sini dengan kursusu ini. sebenarnya aku langsung takminta kursus ini, aku cuma pilih UDM sebagai pilihan pertama dengan kursus ijazah syariah, ijazah usuluddin dan ijazah quran dan sunnah. Dan yang selebihnya pun aku pilih USIM dengan piihan kursus yang sedemikian juga. Itu sebabnya aku kata aku nak kembali ke zaman sekolah balik nak belajar semula tentang pengajian islam, itu yang telah sebati dalam diri aku. Aku juga sanggup nak ambil semula peperiksaan Tinggi Agama Malaysia, mana tahu ada peluang aku sambung dalam pengajian islam kan.....

Tapi akhirnya aku dapat juga UDM.. dengan kursus islam juga lar.,kononnya,,,
Jadi tanpa fikir panjang, yang aku fikir umi dan abah makin gembira aku belajar berbanding aku duduk kat rumah dengan kerja yang belum tentu dapat tampung hidup masa depan. Aku pun sangat puas hati dan membina azam baru agar dapat belajar dengan bersungguh-sungguh dan dapat mambawa pulang kejayaan di dunia dan akhirat sekali...........:)

No comments:

Photobucket

sedetik bersama seribu makna