Tuesday, November 10, 2009

Tidak Bererti Hidup Tanpa Dugaan

Kehidupan di dunia yang sementara merupakan satu ladang untuk manusia menanam tanaman,menuai, membesarkan, memelihara pepohon agar tumbuh dan hidup subur sepertimana pohon rambutan yang berdaun rimbun dan berbuah lebat. Tiada pohon yang ditanam untuk melihat daunya gugur, kering, tak berbuah dan mati begitu sahaja. Setiap tanaman yang dipelihara akan dijaga dengan penuh kasih sayang sepertimana diri seorang insan yang disayangi sepanjang masa dan waktu oleh Allah s.w.t. Begitulah diibaratkan manusia,insan yang diciptakan Allah taala sebagai seorang khalipah yang mulia di muka bumi ini. Asal kejadian manusia telah diceritakan dalam banyak teori yang tidak perlu lagi dibahaskan pengetahuan tentang ini. Namun, apa yang dikenali dengan seorang yang bernama manusia dan insan.

Manusia ataupun insan itu asal perkataan arab yang diterjemahkan mufradnya nasia َ"نَسِي" yakni pelupa. Tiada seorang insan pun boleh lari dari menjadi pelupa, meskipun tinggi ,mana pangkat yang diperolehi. Memang tidak pernah lupa perkara yang amat diminati atau digemari, tapi pernah tak diingati pesan dan amaran Allah taala dalam semua keadaan. Walau setinggi mana ilmu yang dipelajari, Allah tetap perlu disujud dan disembah oleh insan bernama khalifah di muka bumi. Siapa yang ingkar dan berpaling darinya carilah bumi lain untuk hidup dengan caranya sendiri. Menjadi lupa amat senang,dan menjadi taat amat susah, seperti pepatah menyatakan (jalan yang luas itu senang dilalui, jalan yang sempit itu sukar dilalui, tetapi ramai orang yang melalui jalan yang luas itu) =jalan yang luas itu adalah keburukan yang senang sahaja untuk didapati, tetapi jalan yang sempit itu jalan kebaikan yang susah untuk diperolehi.

Hidup di dunia penuh dugaan dan cabaran samada kecil dan besar kita tidak sedar bahawa setiap yang datang itu semua dengan kehendak Allah yang esa. Kita sentiasa mengeluh den marah apabila kita sakit atau menghadapi suatu musibah. Tanpa kita sedari bahawa itu adalah satu daripada cara Allah s.w.t mendatangkan ujian kepada hambanya yang beriman dan bertaqwa, allah tak akan memberi ujian kepada hambanya melainkan untuk menguji tahap keimanannya. Oleh itu semasa datangnya ujian allah jatuhlah dosa berguguran sepanjang musibab yang dihadapi. Apakah kita tidak mahu dosa kita diampunkan Allah taala? Oleh itu jika kita menghadapi suatu kesusahan janganlah disalahkan sesiapa, kerana semua ini di atas kudrat allah taala yang menghendakkan sesuatu. Hendaklah kita bersyukur di atas ketentuanya, semuanya telah tertulis di Luh Mahfuz segala diari ekhidupan insan di dunia dan akhirat. Kita hanya ditugaskan untuk memelihara diri dan umat sekeliling dari terjerumus ke lembah kemurkaan Allah taala.

bersambung...

No comments:

Photobucket

sedetik bersama seribu makna