Saturday, November 16, 2013


FREINDSHIP is LIKE THIS!!!!

Aku ni suka sangat berkawan, tambahan kawan tu yang aku rasa tenang, senang, bahagia je bila tengok dia, bila berbual dengan dia...suke saaaangaaaattt.

Alhamdulillah sepanjang perjalanan aku belajar dan bekerja aku dikurniakan kawan dan sahabat yang baik dan mendorong saya melakukan kebaikan di samping mereka. Tapi lain ceritanya waktu di bangku sekolah, aku seorang yang pendiam dan pemalu sangat. Aku sendirian je, walaupun aku ada kawan rapat tapi macam tak rapat sangat pn sebab xreti nak appreciate erti persahabatan yang sebenar..masa tu aku bukan budak hostel so apa2 kes sume nak ngadu kat umi abah, so kalo umi abah kata tidak maka tidak lah...hehe. Sampai la aku SPM pun study xde nak sharing is caring la sgt, budak nerd giler time tu...

Pastu aku dpt la masuk PKB (Politeknik Kota Bharu), itu pun abah aku iiyg suh apply civil engineering. Aku SPM aliran perakaunan masuk diploma Civil Engineering..ok...Time diploma aku baru mula duk hostel, kat PKB aku masih lg nerd sebab dulu tak pernah bergaul dgn lelaki, tup tup sekelas dgn lelaki, teamwork, group assignment nak kena combine dgn lelaki. Maklum la kalo assignment civil bukan mcm akaun nak tulis dan taip je..nak kena wat field work nak kena guna alatan yg berat2...nak kena budak laki handle jugk. Kat PKB hanya student sem 1 je layak duk hostel, kalo nak dapat hostel next sem nak kena aktif...aku pun terpaksala join Ahli Jawatankuasa KAMSIS, kat PKB dipanggil AJK BAWA (Badan warga Asrama)...dah terjoin AJK plak baru aku berkawan sikit2 jer, masih lagi malu. Lawak tol la time tu...

Bro and Sis..sambung jap lagi ek...nak solat dulu..

Sambung lagi ceritanya...Duk hostel sampai sem 3 je sebab sem 4 tu dah keluar wat praktikal. Dulu aku memang tak tahu nak terjah cari tempat praktikal kat mana, lastly dapat la kat private consultant dlm civil engineering..private pun dapat elaun rm100 je sebulan,, wat duit minyak motoor boleh la.masa tu PTPTN kan hadooo. Time praktikal pun aku pemalu lagi, nk wat canne dah sume nak kena involve kerja dgn org LELAKI...aissshhh pantang btol la,, aku xreti nak komunikasi ngan orang lelaki ni...adoiii.. xpe la aku duk berkawan je la dgn kerani sebab dia sorang je pompuan kat opis tu. Okey la, sebenarnya time praktikal tu aku ada classmate duk skali 4 org sume pompuan...hehe, jadinya bergroup la plak kami ni....pengalaman pun stakat yg boss nak kasi je la.. Nak pendekkan cerita last year aku buat projek, nak kena wat proposal bagai, field work, lab test, report dan presentation...dapat plak penyelia yg hot (skemassss) semua takut kalo dapat lecturer ni,,lastly aku yg dapat nasib la,, tapi tak sangka die punya seliaan the best dan bagi A lagi untuk projek aku yang ntah apa-apa...Alhamdulillah berakhirnya diploma dgn cgpa 3.71 tahun 2008. 

Lepas tamat diploma aku try apply continue degree kat IPTA...tunggu punya tunggu panggilan pertama tak ada rezeki terus aku kerja la sebagai cikgu KAFA (ustazah la kononnya), kawan-kawan yg cepat rezekinya dapat masuk UTHM dengan kursus pure civil. Aku dapat masuk UiTM tapi degree in Interrior Designer (tak tahu mcm mna boleh lulus test lukisan dan interview). Tapi aku kecundang di sana, aku tak mampu meneruskan pengajiian, fikiran bercelaru, tak boleh nak tangkap objektif apa aku amek kursus ni bercampur dgn perbelanjaan projek assignment yg mahal. Dua bulan aku dah tak boleh bertahan lagi, aku ambil keputusan untuk berhenti, dalam masa 3 hari aku uruskan proses penamatan pengajian di UiTM dan aku balik kampong. sebelum balik aku sempat apply kemasukkan IPTA sesi Jul 2009. 

Balik Kampong duk rumah lalu sambung kerja lagi sebagai ustazah hinggalah bulan 6;2009 sampailah giliran aku lagi sambung degree kat UniSZA dalam bidang BBA Islamic Finance.

ADOIIII...PANJANGNYA CERITA....BAB FRIENDSHIP TAK MASUK LAGI..

First mood dpt tawaran ke Universiti memang perasaan sangat gembira, sampai nangis-nangis lagi sebab bersyukur sangat Allah makbulkan doa aku. Kebetula dapat tawaran skali dengan adik aku, dia dapat masuk UMS dengan bidang Ijazah Biologi manakala aku BBA Islamic Finance dekat UDM(KUSZA). Memang suka sangat time tu sebab aku memang beria-ria nak sangat masuk Universiti yang berbentuk Islamik...aku pun tak tahu kenapa detik hati ni nak kembali ke zaman sekolah di mana dulu aku sekolah agama (Maahad Muhammadi). Jadi aku masuk UDM dengan rasa penuh gembira, nak belajar ilmu agama yang diidam-idamkan. Walaupun pengajian ini menngambil masa 4 tahun lamanya, alhamdulillah aku rasa akan terisi jiwa dan minda jika aku terima tawaran kali ini. Terbayangkan suasana pengajian yang aman diselami dengan al-quran dan hadis. Opppssss terlajak panjang plak ceritanya...Dari semester satu lagi aku memang suka jejakkan kaki ke surau berdekatan, maklumlah duk kat hostel, tempat yg selesa solat kat surau la.. Boleh dikira kaki surau la tapi tak rajin sangat pun. Sepanjang pengajian di UDM aku berkenalan dengan macam jenis kawan,,perempuan la...Bermula di situ jugak aku menilai dan menitip setiap kawan yang aku kenali. Kerna kawan aku belajar dalam kuliah dengan rajin dan sistematik, kerna kawan yang ajak aku berusrah, kerna kawan yang aku selalu marah-marah kat dia, aku ni panas baran pun ada juga. Dengan kawan aku belajar ilmu dalam silibus, aku belajar ilmu agama, aku belajar ilmu akhlak, aku belajar ilmu lemah lembut, aku belajar ilmu menggedik...yang aku tak belajar ilmu mengorat jer...Tahu sebab apa..Aku ni Anti-Couple. 

Masa di tahun 1.. aku sekelas dan sebilik dengan budak senegeri ore klate jugak, tapi aku tak kacik nak berkawan baik dengan dia. Bukan apa sebab dia tu aktif sangat dan tak tahu bila masa dia free. Kalau dia ada kat bilik dia tidur, bila dia bangun dah keluar. Jadi blik tu macam bilik aku sorang je. Its okey, aku lagi suka duk sengsorang, boleh study dan bermaharajalela dengan aman. So aku study sorang, aku baca dan faham sendirian. Aku masih terikat dengan budaya study budak engineering yang hanya suka buat kira-kira tak suka membaca, asal buka buku tidur, asal tidur je buka buku...hikssss. Kemudian aku mulalah mencari someone yang boleh aku bertanya dan bertanya, aku dah stress sangat study buku yg ayat panjang-panjang langsung tak boleh masuk otak aku. Serumah aku, sebelah bilik aku ada la budak sekelas juga, dia macam pandai memang pandai sebab result STPM dia power, SPM pun power ,,budak ekonomi memang terer bab kewangan ni. Jadi aku pn duk berkawan dengan dia ni sampai tamat pengajian (BFF la jadinya) tapi dia orang kedah...nak bercakap satu masalah, lastly aku cakp klate dia ckp kedah...faham-faham sendiri la. Kawan ni memang kacik sebab tu boleh stay bersama sampai habis walaupun pernah bermasam muka, bergaduh mulut dll. Tapi aku tak tahu kenapa aku boleh bertolak ansur dengan dia. Dia pun ada angin sendiri aku pun ada angin, itu la dikatakan penghargaan aku terhadap kawan bermula pada saat ni.


Masuk tahun ke-2
Aku pindak bilik asrama, dapat la dengan budak klate jgk tapi bidang lain la, dia budak Sains Komputer....kawan aku yang ni memang cantik, kecik molek, putih, cute cakap pun lemah lembut je..aku suka sembang dengan dia. Dia ada kekasih dah time tu, selalu duk bergayut tiap-tiap malam. Aku ni rimas sungguh kalau ada kawan macam ni, aku tak suka...meskipun aku dah tidur boleh tersedar dengan sendiri. Itu yang stress sangat..Lepas naik cuti sem baru tengok dia dah pakai cincin dia dah bertunang senyap-senyap.



Monday, November 11, 2013

Assalamualaikum....


*lama tak menulis, maklum la fokus study sangat xsempat nak berimaginasi. Hari ni dah free dan borink sangat, nampaknya boleh teruskan menulis skali lagi. Actually nak berjinak-jinak dan menjadikan menulis sebagai hobi je bukan expert pun.

*suka sangat menyinggah di blog orang lain macam cantik je macam menarik je, nak try jugak la...



Apa lagi ye nak diceritakan, nanti la hari minggu baru idea freshhhh... by the way, nak drafting je dulu.

Monday, November 4, 2013


SALAM MAAL HIJRAH 1435 H

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah

Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam

Untuk sepanjang zaman

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zamanSatu Muharam detik permulaan

Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah

Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam

Untuk sepanjang zaman

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman

Wednesday, May 25, 2011

Kasihku Abadi

Kamar hatiku

Sekian lama

Suram dan sepi, kekosongan

Aku mencari insan sejati

Untuk menemani hidupku

Adam dan hawa diciptakanNya

Disemai rasa kasih sayang

Agar bersemi ketenangan dan kedamaian di hati


Hanya ku harap keikhlasan

Dan kurindukan keramahan

Aku inginkan kemesraan

Berkekalan berpanjangan

Mengasihimu dikasihi

Menyayangimu disayangi

Merindui dan dirindui

Saling mengerti di hati


Biar hilang kabus di wajah ku

Biar tenang resah di dadaku

Terimalah serta kabulkan

Harapan ini oh tuhan

Ku melafazkan kata penuh makna

Bersaksi tuhan yang maha pemurah

Hidup mati jodoh pertemuan di tentukan Allah Yang esa

Perkenankan hasrat di hatiku


Moga impian kan dirahmati

Dipertemukan serikandi

Susah dan senang sama harungi

Demi cinta yang hakiki.


Monday, February 7, 2011

Mampukah??

Diciptakan manusia daripada segumpal darah, dijadikan manusia sebagai makhluk yang cukup sifat. Dijadikan manusia dua tangan dengan sepuluh jari beserta tiga puluh tiga sendi. Ditambah lagi dengan rupa dan bentuk tangan yang pelbagai serta berbeza antara seorang insan dengan insan yang lain. Ada tangan yang panjang, lebar, kecil, besar, kasar, halus, licin, lembut, kuat, lemah, gelap dan cerah.

Dijadikan tangan atas banyak guna dan faedah. Tidak diciptakan sesuatu itu selain ada hikmah disebaliknya. Stiap tangan bagi setiap manusia boleh melakukan pelbagai kerja, tugasan dan tabiat yang mana masing-masing mempunyai ciri ,sifat dan aturan yang berbeda. Ada tangan manusia ini boleh melukis, menulis, melakar dan menconteng. Ada tangan manusia itu boleh membasuh, memasak, makan, mengemas dan bercucuk tanam. Ada tangan manusia itu dan manusia ini boleh melaksanakan kedua-dua tugasan seperti mana tangan manusia ini dan manusia itu tadi. Bahkan lebih bnyak dan aktif lagi tangan itu dan ini berfungsi termasuk membunuh, mencuri, merompak, menggoda dan sebaganya.

Apakah bezanya ciri, sifat, tabiat, kebolehan dan kemampuan tangan-tangan tadi dengan tuan punya diri atau dengan seorang manusia itu sendiri??

Seorang manusia itu juga boleh berjaya, boleh terkenal, boleh berdikari dan boleh bahagia. Seorang manusia ini juga boleh gagal, boleh terhina, boleh lemah dan boleh sengsara.
Seorang manusia itu dan manusia ini akan menghadapi kedua- dua keadaan manusia itu dan ini. Bahkan lebih aktif, profesional lagi seorang manusia itu dan ini bertanggungjawab dalam menjalani kehidupan di dunia dan menempuh kehidupan di akhirat.

Tapi kenapa??

Mesti ada yang gagal dan ada yang berjaya.
Mesti ada yang sengsara dan ada yang bahagia.
Mesti ada kedua-duanya.

Tanyalah hatimu wahai sahabatku....

Pasti ada jawabnya.

Kejayaan, kegagalan, kebahagiaan dan kesengsaraan itu semuanya datang dari Allah s.w.t. sepertimana ditentukan jodoh, pertemuan, ajal dan maut oleh yang Maha Esa.

Mampukah manusia ini belajar untuk capai kejayaan.

Mampukah manusia ini beroleh kekayaan.

Mampukah manusia itu mencari kebahagiaan.

Mampukah kita menempuh onak dan cabaran global yang penuh sesak, panas, tamak, haloba, maksiat dan rasuah serta riba.

Jawab sahabat..

Tanyalah dirimu...

Sanggupkah kamu...

Tapi mampukah manusia ini untuk mengenal dan mencintai yang Maha Kuasa.

Mampukan manusia itu, tunduk, patuh dan taat setia padaNya.

Mampukah manusia ini dan manusia itu menghadapi ujian dan dugaan, bala dan bencana dalam hidup ini.

Mampukah manusia memikul peranan dan jawatan yang diberi oleh allah taala kepada kita.

Mampukah manusia hidup sebelum tibanya mati.

Mampukah manusia mati seandai belum bersedia untuk hidup kembali di alam Baqa'.

Mampukah??

Mampukah??

Mampukah??

Cubalah, semaklah hati masing-masing. Apakah keputusannya.

Adakah ringan atau berat atau senang atau sukar?? hidup ini...

Sahabat..

Sama-samalah muhasabah diri dan hati. Siapakah sebenarnya kita, dimanakah kita berada, apa status kita samada di sisi manusia atau di sisi Allah taala.

Lihatlah semakin banyak sahabat semak semakin banyak sahabat nilai semakin lama sahabat hisab semakin jauh dari matlamat. Matlamat dan cita untuk meraih cinta dan redha Allah s.w.t. Mampukah sahabat..mampukah daku..

Ya Allah
Ya Rabbi
Ya zaljalali wal ikram.
Ampunilah dosa kami dari segala maksiat dan kemungkaran padaMu.
Selamatkanlah kami dari terjerumus ke lembah kehinaan,
selamatkan kami dari neraka Jahanam.
Jauhkanlah kami dari godaan nafsu dan iblis.
Lindungi kami dari fitnah dajjal.
Jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang mendapat syafaat.
Jadikanlah kami penghuni syurgaMu.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم والحمد الله رب العلمين

Sunday, July 18, 2010

wanita mukminah permata ummah

Perbincangan hangat malam tadi dengan kehadiran ahli panel yang cukup berbakat serta para hadirin yang amat membanggakan program anjuran persatuan usuluddin UniSZA. perbincangan mengenai keadaan wanita pada zaman sekarang yang telah mencakupi ruang pemikiran ahli ilmuan untuk menetengahkan masaalah yang timbul. Keadaan wanita pada hari-hari ini telah merampas ketatasusilaan seorang wanita mukminah di mata masyarakat. Tiada lagi unsur-unsur agama yang dititikberatkan, bahkan menjadi kebanggan dengan meniru dan menggayakan budaya barat semata-mata mencapai kemodenan global.

Perbahasan kali ini mendedahkan bahawa musnahnya seorang wanita itu bermula dari dia membuka aurat. Bila wanita itu mula mendedahkan aurat, maka bermulalah dia membuka pandangan masyarakat terhadap dirinya,terhadap apa yang ingin ditonjolkan. Maka akan bermulalah tugas syaitan untuk melaksanakan agendanya dengan pelbagai tipu muslihat dan perancangan yang amat samar pada pandangan manusia. Apabila seorang wanita mula mendedahkan aurat mereka, dari situ mereka sebenarnya mula terdedah kepada kekurangannya tentang pengetahuan syara'.

HIMPUNAN bertudung atau diterjemahkan sebagai busana Muslimah semakin disenangi ramai. Pendekatannya...

Aurat:

Kesamaran maksud aurat pada pandangan wanita adalah berlainan. Antara pandangan-pandangan yang salah diertikan tentang menutup aurat adalah:
a) Pakai baju sopan tetapi kain halal haram (kain belah). Bagi segelintir wanita ia masih lagi menutup aurat.
b)Mini pakaian. Pakaian yang hanya menutup pada bahagian tertentu. Bagi setengan wanita ianya masih lagi menutup aurat.
c)Pakai pakaian sopan dan ayu tetapi nipis juga masih lagi menutup aurat pada pandangan wanita.
d) Pakai tudung tetapi baju macam telanjang, nampak semua bentuk badan.
e) Pakai tudung tapi baju lengan pendek pun dikira telah menutup aurat bagi setengah wanita.

Jadi, itu semua kesilapan dan kesamaran wanita terhadap penutupan aurat. Telah diceritakan dalam al-quran bahawa aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tangan shj yang selainnya adalah aurat dan haram didedahkan kepada umum.

Blouse Muslim

Baju Feminim

Ini antara pakaian muslimah yang dipakai oleh remaja sekarang.

Bagaimana ingin menjadi seorang wanita mukminah?

Wanita mukminah adalah wanita yang menjaga auratnya, menjaga tutur katanya, menjaga maruahnya serta maruah keluarganya. Jika nak dibandingkan antara wanita mukminah dan wanita lain seperti mana kita memilih dan membandingkan makanan yang dijual di pasar malam, makanan bagaimana yang akan kita pilih iaitu makanan yang tertutup dan dilindungi dari serangan lalat. ini bermakna makanan itu baik dan selamat untuk dimakan. begitu juga dengan wanita yang baik adalah wanita yang menutup dirinya dari sebarang serangan terutama serangan pandangan lelaki.

Sunday, July 11, 2010

kan ku serah cinta ini..

Berhakkah cinta ini diserahkan kepada jasad yang akan lenyap,haruskah cinta ini lenyap bersama jasad tersebut. Sanggupkah jiwa ini hancur tanpa sebarang tujuan dan matlamat. Sungguh sayang jika ini pilihan hati naluri pemuda-pemudi dan sahabat-sohabiah. Apakah tujuan sebenar manusia ini diciptakan dan sudahkah kita menunaikan hutang kepada yang maha berkuasa. Sesungguhnya manusia ini diciptakan untuk beribadah kepadaNya tidak mensyirikkanNya yang esa. Hutang yang tidak mampu terbayar oleh wang ringgit dan harta dunia,namun hutang ini boleh dilangsaikan dengan pengabdian seorang hamba kepada penciptanya, Allah rabbul izzati.

Memang benar, sudah dijadikan fitrah manusia ingin mencintai dan dicintai. Tetapi mencari cinta yang sebenar dan hakiki adalah cinta illahi. Saudara-saudari ku, senang mulut bicara namun siapa tahu sanubari ini. Benar hatiku ini belum pernah dicinta dan mencintai jasad bernama adam, namun bukan mengutuk yang sedang berkasihan cuma peringatan atas diri ini jua. Islam tidak pernah menghalang keperluan manusia kerana manusia ini sebaik-baik ciptaan di muka bumi ini. Jadikanlah cinta kita cinta yang mulia di sisi Allah swt, jangan kerana cinta dan sayangmu kepada jasad yang akan lenyap ini kita terus menghapuskan cinta pada Allah swt.

Al-Quran pun ada menyebut, cinta ada 4 tahap:
1.Cinta pada Allah swt.
2.Cinta pada RasulNya.
3.Cinta pada diri sendiri.
4.Cinta pada Ibu-Bapa.

Di mana letaknya cinta pada adam, alam semesta dll?
Letaklah cinta itu selepas dari cinta keempat2 perkara di atas. Begitulah apa yang disyariatkan. Carilah cinta di atas terlebih dahulu sebelum kamu benar-benar telah jatuh cinta. Tanpa cinta di atas tidak adalah berkat dan redha cintamu padanya.

Ingatlah sahabat,,,,
Cintailah saudaramu seperti kamu mencintai dirimu,
tapi jangan cinta itu lebih agung dari cintamu pada Allah dan rasulNya.

Sunday, May 16, 2010

selamat hari guru....

Selamat Hari Guru !!!!!!!!
diucapkan buat semua guru-guru di seluruh pelusuk dunia
jasa dan pengorbanan seorang duru amat besa,
tiada dapat dibanding walau sebuah keluarga yang memelihara anak bagai menatang minyak yang penuh,
tetapi guru lebih dari itu,
demi pelajar dan orang yang diajar,
kesanggupan seorang guru menempuhi apa jua rintangan,
tanpa mengira penat dan lelah,
tanpa mengira untung dan rugi,
apa yang diimpikan dan apa yang diharapkan agar anak didiknya mencapai kejayaan di dunia dan di aklhirat.
seorang guru yang benar-benar berpenat kerana Allah,
lansung tidak penat mendidik dan mengajar anak didiknya sehingga berjaya.
seorang duru yang iklas mengharapakan segala baktinya dipandang mulia di sisi allah.
seorang guru yang mendidik untuk melahirkan isan yang berguna dan melahirkan seorang insan yang bertaqwa.
Semua tanggungjawab besar untuk membentuk seorang insan terletak di atas bahu guru.
segala usaha dan keringat guru amat bernilai untuk melahirkan generasi cerdik pandai.
guru adalah pelita yang menerangi alam.
Guru adalah air yang akan menghilangkan dahaga.
maka di situlah letaknya guru...

Wednesday, April 21, 2010

Tidak ingin berputusa asa.

Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah dengan rahmat dan kurnianya akan berakhirlah semester kedua dan tamatlah tahun1 dengan berjalannya peperiksaan akhir semester 2. Dua paper telah berlalu dan tinggal lagi lima paper yang wajib dihadapi oleh semua student BBA Islamic Finance 2. Hampir setahun sudah aku memupuk minat dan minda ini supaya menerima ketentuan Allah yang menempatkan ku dalam bidang perniagaan yang tidak pernah aku impikan sebelum ini. Alhamdulillah dapat juga aku tempuhi hari-hari dan kuliah-kuliah yang agak baru bagiku dan semua yang dipelajari amat baru. Memang sangat sukar untuk mendidik minda dan jiwaku agar sebati dengan dunia perniagaan yang mana sebelum ini apa yang ada dalam kotak pemikiran ini hanyalah kejuruteraan selama 3 tahun.

Meskipun bidang dan suasana pengajian yang agak berbeza namun hati yang sering terikat dengan jemaah dan fikrah islami masih lagi subur dan segar. Tidak jemu untukku mencari dan meraih ilmu agama kerna itu tujuan utama hidup ini. Selama 6 bulan pertama di sini aku amat berpuas hati dengan keadaan dan kebolehan fikrah ini dalam meneruskan perjuangan, namun untuk 6 bulan keduanya, tanpa dirancang dan diduga ianya pincang dan remuk sedikit demi sedikait, yang akhirnya tidak dapat aku bayangkan mungkinkah ia bakal hilang.

Tidak pernah terdetik untuk lari dan rebah di tengah jalan, tapi kini rasa keseorangan dalam mendidik diri dan meneruskan perjuangan ini. Apakah ini ujian dari illahi atau jalan ini tidak baik untukku. Sungguh hati ini rasa amat lemah, perancangan dan harapanku untuk tahun akan datang amat besar namun tidak terdaya untukku laksanakan keseorangan. Haruskah ku undurkan diri dari fikrah ini, haruskah ku pasrah dengan keadaan ini. Selama setahun usaha aku untuk mengeratkan ukhwah antara saudara-saudari di sini tanpa mengira pangkat, umur dan bidang. Apakah ia mesti diruntuhkan, hanya kernaku yang lemah.




Monday, March 22, 2010


Tajuk: FITRAH YANG MENJADI FITNAH
Dikirim oleh: shahril on 05 February, 2008, 12:17:29 PM
FITRAH YANG MENJADI FITNAH

Assalamualaikum. ..
Di sini saya ingin mengutarakan sebuah artikel daripada majalah
anis keluaran ogos 1998 (muka 65/66). Artikel ini bertemakan
perkahwinan dan juga sebab sebab mengapa ada di antara kita memilih
untuk berkahwin awal walaupun terpaksa berdepan dengan risiko yang
mungkin tidak dapat di lihat, tapi risiko adalah satu lumrah
kehidupan kita.

Sekarang nikmatilah tazkirah ini.

Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta
memang tidak salah. Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang
ALLAH swt kurniakan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan
dicintai adalah instinct. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti
jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka
tentulah tidak salah merasainya. Namun ALLAH tidak kurniakan cinta
secara polos begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi
menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar.
Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu
menjalin hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak.
Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah
ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH telah menjadi
FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi
mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapakah perlu ada peraturan cinta? Jawabnya kerana ALLAH swt
mencintai manusia hambaNYA. Allah inginkan keselamatan dan
kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah
semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak
kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang
akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman
sudah pun mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti
terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan
cinta yg membelakangkan Tuhan!

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi
syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah
risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan
pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia.
Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan
melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya
akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah
cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala
sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada cintanya. Ketika itu
hati tidak nampak yang lain kecuali apa
yang dicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu
asyik dengan cinta yang dikurniakaNya. Bagaimanakah pula perasaan
kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang
diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan
pemberinya?

Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Seolah-
olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya.
Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan
rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH
mengharamkan sentuhan antara lelaki dan perempauan yang bukan
muhrim. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah
diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak
ketiga. Lebih dari itu pun banyak berlaku. Semuanyanya seolah-olah
halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta
telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun
berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul
dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang
mahram,bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi. Ketika itu indahkah
cinta?

Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di
atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak
tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan
kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah
cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan
kawalan. Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah
cinta kita itu didasarkan kpd cinta ALLAH. Ertinya cinta yang kita
berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH.

ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu
boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt. Cintailah sesiapa
pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai
ALLAH. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan
mestilah diniatkan untuk ALLAH!. Soalnya bagaimana?

Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih
memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan
agamanya.

Sabda Rasulullah saw,

"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh
agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya" .

Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH, dgn
tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh
dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat
melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt. Semoga dengan
perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan
dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan
takut pada ALLAH swt, di samping dapat beribadat dan bertaqwa
kepada ALLAH SWT.

Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk
lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar
untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang
jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau
bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah
pasti bukan kerana ALLAH. Hakikatnya cinta itu adalah cinta
terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau
kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya - Cinta
Monyet!

Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta
tidak ada hukum ALLAH yang dilanggar. Antaranya, tidak
ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak
ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan
sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta jangan
sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan
merugikan. Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh,"
Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada
perbualan telefon maraton..atau bahasa remajanya
'bergayut', tiada surat cinta, tiada sentuhan tangan,
tanpa kerlingan dan senyuman?

Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar
peraturan Tuhan. Putus cinta dan kecewa bercinta yang
begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah
disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini.
Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam
perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat
menempuh perkahwinan.

Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala
peraturanNya buat
dengan rasa cinta terhadap hambaNYA. Cinta suci mampu
tumbuh tanpa semua itu.Dan cinta itu pasti akan
membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi
dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh
takdirNya, cinta itu akan terus bersambung ke alam
akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan
bercinta lagi di syurga-empat pertama yang melahirkan
cinta! Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!

Wallahu'alam.




"Sesungguh Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah"

"Dan Allah tuhan Kami
Rasul ikutan kami
Al-Quran Panduan kami
Jihad jalan Kami
Mati Syahid cita-cita tertinggi kami"


Tajuk: Re: FITRAH YANG MENJADI FITNAH
Dikirim oleh: abu hamzah on 09 August, 2009, 07:28:48 PM

sedetik bersama seribu makna