Iblis yang dilaknat Allah SWT akan melakukan pelbagai cara untuk menggoda umat nabi Muhammad SAW kearah kelalian dan pelbagai perkara maksiat lain.
Makhluk laknat terbabit pernah bertamu kepada Rasulallah SAW selepas diarah berbuat demikian oleh allah SWT bagi menjawab setiap persoalan yang diatanyakan baginda.
Berikut adalah pertanyaan dan jawapan diberikan iblis:
Rasulallah SAW lalu bersabda:”Segala puji bagi Allah SWT yang membahagiakan umatku dan menyeksakanmu.”
Iblis segera menyampuk:”Tidak, tidak. Tidak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tidak boleh melihatku.
“Demi yang menciptakan diriku dan memberiku kesempatan sehingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh kecuali hamba Allah SWT yang ikhlas.”
Rasulallah terus bertanya Iblis siapa yang iikhlas menurut makhluk laknat terbabit dan dijawab: “Tidaklah kau tahu, wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas.
“Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya.
“Selama seorang hamba masih menyukai harta dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku.”
“Tahukah kamu Muhammad, aku mempunyai 70,000 anak dan setiap anak memiliki 70,000 syaitan.
“Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk mengganggu anak muda, sebahagian untuk mengganggu orang tua, sebahagian anakku juga aku tugaskan kepada para zahid.
“Aku punya anak yang suka kencing di telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjemaah. Tanpanya manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat jemaah.
“Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang mendengarkan ceramah ulama sehingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.
“Aku punya anak yang senang ada di lidah manusia. Jika seseorang melakukan kebajikkan lalu dihebohkan kepada manusia maka 99 peratus pahalanya akan terhapus.
“Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku akan duduk di pinggul dan pahanya lalu menghiasinya supaya setiap orang memandangnya.
“Syaitan juga berkata,”keluarkan tanganmu”, lalu ia mengeluarkan tanganya lalu syaitan menghiasi kukunya.
“Mereka (anak-anakku) selalu menyusuri dan berubah dari satu keadaan ke keadaan lain serta daripada satu pintu ke satu pintu lain untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas daripada keihklasan mereka.
“Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.
“tahukan kamu Muhammad bhawa ada rahib yang beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga dia berzina, membunuh dan kufur,” terang iblis kepada Rasulallah SAW.
No comments:
Post a Comment