Wednesday, April 21, 2010

Tidak ingin berputusa asa.

Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah dengan rahmat dan kurnianya akan berakhirlah semester kedua dan tamatlah tahun1 dengan berjalannya peperiksaan akhir semester 2. Dua paper telah berlalu dan tinggal lagi lima paper yang wajib dihadapi oleh semua student BBA Islamic Finance 2. Hampir setahun sudah aku memupuk minat dan minda ini supaya menerima ketentuan Allah yang menempatkan ku dalam bidang perniagaan yang tidak pernah aku impikan sebelum ini. Alhamdulillah dapat juga aku tempuhi hari-hari dan kuliah-kuliah yang agak baru bagiku dan semua yang dipelajari amat baru. Memang sangat sukar untuk mendidik minda dan jiwaku agar sebati dengan dunia perniagaan yang mana sebelum ini apa yang ada dalam kotak pemikiran ini hanyalah kejuruteraan selama 3 tahun.

Meskipun bidang dan suasana pengajian yang agak berbeza namun hati yang sering terikat dengan jemaah dan fikrah islami masih lagi subur dan segar. Tidak jemu untukku mencari dan meraih ilmu agama kerna itu tujuan utama hidup ini. Selama 6 bulan pertama di sini aku amat berpuas hati dengan keadaan dan kebolehan fikrah ini dalam meneruskan perjuangan, namun untuk 6 bulan keduanya, tanpa dirancang dan diduga ianya pincang dan remuk sedikit demi sedikait, yang akhirnya tidak dapat aku bayangkan mungkinkah ia bakal hilang.

Tidak pernah terdetik untuk lari dan rebah di tengah jalan, tapi kini rasa keseorangan dalam mendidik diri dan meneruskan perjuangan ini. Apakah ini ujian dari illahi atau jalan ini tidak baik untukku. Sungguh hati ini rasa amat lemah, perancangan dan harapanku untuk tahun akan datang amat besar namun tidak terdaya untukku laksanakan keseorangan. Haruskah ku undurkan diri dari fikrah ini, haruskah ku pasrah dengan keadaan ini. Selama setahun usaha aku untuk mengeratkan ukhwah antara saudara-saudari di sini tanpa mengira pangkat, umur dan bidang. Apakah ia mesti diruntuhkan, hanya kernaku yang lemah.




No comments:

sedetik bersama seribu makna