Perbahasan kali ini mendedahkan bahawa musnahnya seorang wanita itu bermula dari dia membuka aurat. Bila wanita itu mula mendedahkan aurat, maka bermulalah dia membuka pandangan masyarakat terhadap dirinya,terhadap apa yang ingin ditonjolkan. Maka akan bermulalah tugas syaitan untuk melaksanakan agendanya dengan pelbagai tipu muslihat dan perancangan yang amat samar pada pandangan manusia. Apabila seorang wanita mula mendedahkan aurat mereka, dari situ mereka sebenarnya mula terdedah kepada kekurangannya tentang pengetahuan syara'.
Aurat:
Kesamaran maksud aurat pada pandangan wanita adalah berlainan. Antara pandangan-pandangan yang salah diertikan tentang menutup aurat adalah:
a) Pakai baju sopan tetapi kain halal haram (kain belah). Bagi segelintir wanita ia masih lagi menutup aurat.
b)Mini pakaian. Pakaian yang hanya menutup pada bahagian tertentu. Bagi setengan wanita ianya masih lagi menutup aurat.
c)Pakai pakaian sopan dan ayu tetapi nipis juga masih lagi menutup aurat pada pandangan wanita.
d) Pakai tudung tetapi baju macam telanjang, nampak semua bentuk badan.
e) Pakai tudung tapi baju lengan pendek pun dikira telah menutup aurat bagi setengah wanita.
Jadi, itu semua kesilapan dan kesamaran wanita terhadap penutupan aurat. Telah diceritakan dalam al-quran bahawa aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tangan shj yang selainnya adalah aurat dan haram didedahkan kepada umum.
Baju Feminim
Ini antara pakaian muslimah yang dipakai oleh remaja sekarang.
Bagaimana ingin menjadi seorang wanita mukminah?
Wanita mukminah adalah wanita yang menjaga auratnya, menjaga tutur katanya, menjaga maruahnya serta maruah keluarganya. Jika nak dibandingkan antara wanita mukminah dan wanita lain seperti mana kita memilih dan membandingkan makanan yang dijual di pasar malam, makanan bagaimana yang akan kita pilih iaitu makanan yang tertutup dan dilindungi dari serangan lalat. ini bermakna makanan itu baik dan selamat untuk dimakan. begitu juga dengan wanita yang baik adalah wanita yang menutup dirinya dari sebarang serangan terutama serangan pandangan lelaki.