Sunday, July 11, 2010

kan ku serah cinta ini..

Berhakkah cinta ini diserahkan kepada jasad yang akan lenyap,haruskah cinta ini lenyap bersama jasad tersebut. Sanggupkah jiwa ini hancur tanpa sebarang tujuan dan matlamat. Sungguh sayang jika ini pilihan hati naluri pemuda-pemudi dan sahabat-sohabiah. Apakah tujuan sebenar manusia ini diciptakan dan sudahkah kita menunaikan hutang kepada yang maha berkuasa. Sesungguhnya manusia ini diciptakan untuk beribadah kepadaNya tidak mensyirikkanNya yang esa. Hutang yang tidak mampu terbayar oleh wang ringgit dan harta dunia,namun hutang ini boleh dilangsaikan dengan pengabdian seorang hamba kepada penciptanya, Allah rabbul izzati.

Memang benar, sudah dijadikan fitrah manusia ingin mencintai dan dicintai. Tetapi mencari cinta yang sebenar dan hakiki adalah cinta illahi. Saudara-saudari ku, senang mulut bicara namun siapa tahu sanubari ini. Benar hatiku ini belum pernah dicinta dan mencintai jasad bernama adam, namun bukan mengutuk yang sedang berkasihan cuma peringatan atas diri ini jua. Islam tidak pernah menghalang keperluan manusia kerana manusia ini sebaik-baik ciptaan di muka bumi ini. Jadikanlah cinta kita cinta yang mulia di sisi Allah swt, jangan kerana cinta dan sayangmu kepada jasad yang akan lenyap ini kita terus menghapuskan cinta pada Allah swt.

Al-Quran pun ada menyebut, cinta ada 4 tahap:
1.Cinta pada Allah swt.
2.Cinta pada RasulNya.
3.Cinta pada diri sendiri.
4.Cinta pada Ibu-Bapa.

Di mana letaknya cinta pada adam, alam semesta dll?
Letaklah cinta itu selepas dari cinta keempat2 perkara di atas. Begitulah apa yang disyariatkan. Carilah cinta di atas terlebih dahulu sebelum kamu benar-benar telah jatuh cinta. Tanpa cinta di atas tidak adalah berkat dan redha cintamu padanya.

Ingatlah sahabat,,,,
Cintailah saudaramu seperti kamu mencintai dirimu,
tapi jangan cinta itu lebih agung dari cintamu pada Allah dan rasulNya.

No comments:

Photobucket

sedetik bersama seribu makna